Segala luahan dan coretan di dalam blog ini adalah luahan hati peribadi pemilik blog. Sebarang komen yang boleh menyebabkan fitnah adalah dilarang sama sekali. Penulis sekadar mahu berkongsi pengalaman dan kenangan yang telah dilalui.

Wednesday, October 5, 2016

akhirnya aku kahwin..

Assalamualaikum...



fuhhh fuhhh fuhhhh...

lama tak update blog..bersawang segala bagai..hik3...

hurm...tgk tajuk entry pon dah tau aku nak update ape kan... hihi.. Alhamdulillah 26 March 2016 aku telah sah bergelar seorang isteri kepada insan yang bernama Muhammad Affandi bin Markom.. Dengan sekali lafaz je tau. haha. Sado sangat. Alhamdulillah tak gugup dia masa tu. PAdahal masa memule kata nervous sangat. Aku dinikahkan oleh abah aku sendiri. Yang ni aku yang request. Sebab aku cakap anak perempuan abah dua orang je kot. So bila lagi nak rasa. hihi..jom kita layan gambar jela ye...


yang ni makeup masa bersanding. baju purple, lipstik pon purple gak


Alhamdulillah.. Allah bagi kesihatan yang baik dekat atok.. tercapai jugak impian nak tengok atok sihat dan datang majlis kahwin aku.


selfie itu perlu.hihi. ni makeup nikah. actually aku suka sangat makeup nikah ni sebab muka nampak soft2 je gitu. Almaklumlah iolls ni kan ganas dan garang.


yang ni dengan adik no 3 and bongsu aku. yang bongsu tu mmg suka ambik gambar nampak gigi semua. iklan ubat gigi kot dia nak buat. 


ni pulak masa outdoor. kat pantai kelanang je pon. haha. gambar ni candid sbnrnye. bff aku yang ambik.


dengan mama and mak.


ni masa dah petang lepas outdoor. ni jela family belah abah yang tinggal. hihi


ni adalah saat yang paling sebak sekali. saat en suami salam dengan abah masa nak akad nikah. tapiiiii aku tak nangis. hihi. entah kenapa tak boleh nangis. husband je yang mengelir lah jugak air mata. padahal time majlis orang lain boleh pulak nangis. hihihi

Wednesday, February 18, 2015

Aku masih disini

Assalamualaikum... 

Wah2...kalau tengok tajuk entry kemain lagi aku kan? Lama sungguh tak excercise jari ni. hihi. Busy dengan koje katanya. Al-maklumlah cikgu tadika kan? Keluar awal pagi balik petang. Kadang malam baru balik. Sob3.. Nasib tak kawen lagi. Dah kawen entah sempat jumpe husband atau tak. 

Hurm..plan 2015.. Nak kahwin lah kot. in shaa allah kalau sudah sampai masanya. Tapi akan cuba diusahakan. Tapi yang paling penting aku nak buat adalah nak cari kerja yang lebih baik and cuba untuk memperbaiki taraf hidup. itu yang pasti... Doakan segalanya berjalan lancar ye... Daaaa...

Friday, June 6, 2014

Ubat Kurus

Assalamualaikum wbt...

Hari ni aku terdetik nak cerita tentang kandungan yang ada dalam kebanyakan ubat kurus. Seperti sedia maklum kebanyakan produk pelangsingan yang ada kat pasaran sekarang ni ada juga (maksudnya sebahagian) yang mengandungi bahan yang berbahaya. 

Kalau tengok kat blog, facebook dan macam-macam lagi lah banyak je produk yang dijual yang agak popular antaranya Figure Up (ada bahan berbahaya-tapi lupe apa bahannya) *tak penah dapat kelulusan KKM pon* dan lagi satu yang aku tengok orang jual Lipo 9 Detox Slim. 

Kalau tak silap aku fungsi dan kesan kedua-dua produk ni sama sahaja. Maksudnya bila consume ubat tu kena banyak minum air, selera makan takde / kurang, and ada satu masa akan rasa pening, nak muntah, kerap berpeluh..

Apa pun semua tu terpulang pada diri sendiri dalam memilih produk pelangsingan badan. Maklumlah siapa yang tak nak nampak canti kan? semua nak kurus.. Baju-baju yang banyak dijual pon banyak untuk orang kurus. Yang big size macam aku hanya mampu tengok sajeee.. Haha

So, ini adalah fungsi sibutramine dan juga penthermine yang aku dapat dari Portal MyHealth Malaysia

Sibutramine

Apa kegunaannya?

Sibutramine digunakan bersama diet kalori yang rendah dan senaman untuk membantu mengurangkan berat badan dan mengekalkannya.

Bagaimana ia bertindak?

Sibutramine dikelaskan sebagai ubat yang mengurangkan selera makan. Ia bertindak mengawal selera makan dengan mengurangkan rasa lapar.

Bagaimana pengambilannya?

Bentuk dos adalah kapsul dan selalunya ia diambil sekali sehari bersama atau tanpa makanan. Untuk memastikan kepatuhan pengambilan sibutramine, anda perlu mengambil ia pada waktu yang sama pada setiap hari. Sibutramine boleh menyebabkan ketagihan. Oleh itu, ia tidak boleh diambil dalam dos yang berlebihan atau kurang dan juga dalam jangka masa yang panjang.

Arahan Pemakanan Yang Penting

Pastikan anda mengikuti program diet dan senaman yang telah ditetapkan oleh doktor.

Kesan sampingan

Sibutramine boleh menyebabkan kesan sampingan seperti pening kepala, sembelit, pedih ulu hati, mulut kering, lemah badan, sakit belakang, cemas, perubahan selera makan, muka menjadi merah, gejala selesema dan kesakitan semasa datang haid.

Phentermine

Apa kegunaannya?

Phentermine digunakan bersama diet dan senaman untuk membantu mengurangkan berat badan .

Bagaimana ia bertindak?

Ia dikelaskan sebagai ubat yang mengurangkan selera makan di mana ia bertindak dengan mengawal selera makan dengan mengurangkan rasa lapar.

Bagaimana pengambilannya?

Phentermin adalah dalam bentuk tablet dan kapsul “perlepasan berlanjutan” (extended –release capsules). Ia diambil dalam bentuk dos tunggal pada waktu pagi atau 3 kali sehari iaitu 30 minit sebelum makan.

Jangkamasa rawatan bergantung kepada tindakbalas individu terhadap ubat walaupun kebanyakan pesakit mengambil ubat ini selama 3-6 minggu. Phentermine juga boleh menyebabkan ketagihan. Oleh itu, ianya perlu diambil dalam dos yang disyorkan dalam tempoh masa yang ditetapkan sahaja.

Untuk mengelakkan kesan sampingan, pentermine perlu diambil bersama makanan. Jika anda mengambil ubat dalam bentuk dos “extended –release”, jangan kunyah atau hancurkan ubat tersebut.

Arahan Pemakanan Yang Penting

Pastikan anda mengikuti program diet dan senaman yang telah ditetapkan oleh doktor.

Kesan sampingan

Phentermine boleh menyebabkan kesan sampingan seperti mulut kering, rasa yang tidak menyenangkan, sembelit dan muntah . Sila beritahu doktor jika anda mengalami gejala di atas.

Sila hubungi doktor dengan segera jika anda pengalami kesan sampingan seperti peningkatan tekanan darah, jantung berdebar, gelisah, pening, menggeletar, gangguan tidur, sukar untuk bernafas atau sakit dada.

Tuesday, April 8, 2014

Konvokesyen cum Holiday

3 April 2014, jam 2.00 petang telah berlangsungnya majlis konvokesyen adik aku kat Politeknik Ungku Omar. Jadi, kami beramai-ramai pergi ke sana untuk meraikan kejayaan dia. Pagi tu aku bertolak dari rumuh pukul 8 dan sampai ke sana dalam pukul 12 lebih. Dan FYI, ini kali kedua aku kesana walaupon adik aku tu dah 3 tahun belajar kat sana. Jadi tentu-tentulah aku pergi tu masa mule2 die nak masuk sana...

Masa kat sana aku bernasib baik sebab kerusi banyak kosong dalam dewan. Jadi staf kat sana benarkan kami masuk satu keluarga. Ape lagi, aku pon masuk je lah. Nak ambil mood konvo untuk aku 18/5 ni..heehh.

So, lepas je konvo tu abes, kiteorg gerak ke cameron highland. Alang-alang dah sampai ipoh, naik atas sikit lah kan?? Bak kata orang sambil menyelam minum air. Aku ikut simpang pulai untuk ke cameron. Tapi kebetulan malam tu hujan lebat. Jaid kenderaan pon perlahan je lah. Lagipon kawasan tu baru lepas tanah runtuh. Tak siap baiki pon. Lagilah slow kereta bergerak. Ape pon dalam pukul 8.30 malam sampai kat homestay dengan jayanya. 

Disebabkan kami ni bertujuh, sewa homestay adalah lebih digalakkan. Homestay ni dekat area Brinchang. Die terletak kat belakang Star Regency hotel. Sebelum Star Regency Hotel tu ade satu lorong, ha masuk lorong tu pastu terus , nampak rumah flat kat belah kiri, ha kat situ lah. Harga pon tak mahal. Dalam RM200 semalam. Tapi nama homestay die aku tak pasti. Cuma yang tahu owner die melayu. Nama dia En Zarul. Rumah tu sebenarnya rumah flat. Ada due bilik, satu bilik air, dan ada dapur. Jadi boleh lah untuk sape2 yang duduk ditu masak. Rumah die ok, besar. Rumah tu takde kipas or aircond sebab memang kite takkan memerlukan semua tu... Dah sejuk kot.  Rumah tu kat tingkat 1, rumah no 14.. So far, aku rasa rumah tu ok.. Digalakkan untuk sewa homestay tu. So, ape2 hal boleh lah contact dengan En Zarul tu. Ni no dia 0125336959. And FYI, kat flat tu jugak, ade 2 or 3 rumah lagi yang dijadikan homestay. Salah satunye adalah di tingkat 3, rumah no 22. Maaf ye nama owner homestay tak tau. Tapi ni no dia 0125380257.